Muhyiddin Rentas Beberapa Daerah Di Selangor Esok

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merentasi beberapa daerah di Selangor pada Sabtu untuk bertemu rakyat dalam program turun padangnya.

Berdasarkan aturcara program beliau yang dihantar kepada Bernama di sini, Muhyiddin memulakan harinya di Selangor dengan Sarapan Pagi 1Malaysia bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

Beliau kemudian ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat untuk bertemu warga guru agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz.

Pada tengah hari, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional Selangor di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Beliau seterusnya akan ke Kajang untuk menghadiri Perjumpaan 1Malaysia anjuran MCA dan penyampaian bantuan Deepavali di SJKC Sungai Chua.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual menziarahi rumah Ketua Masyarakat dan Veteran Umno di Kampung Pasir Puchong, sebelum mengakhiri lawatan di Selngor dengan Perjumpaan 1Malaysia dan penyampaian bantuan Deepavali di SJK Tamil Batu 14, Puchong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan