Muhyiddin Lakukan Tinjauan Mesra Di Lima DUN Selangor Sabtu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melakukan tinjauan mesra di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Sabtu ini.

Penduduk tempatan DUN Dengkil, Morib, Bangi, Kajang dan Sri Serdang berpeluang mendekati Timbalan Perdana Menteri dalam program mesra rakyat bertemakan 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor' anjuran Barisan Nasional (BN) negeri.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, tinjauan mesra itu merupakan lanjutan siri lawatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke empat DUN di Selangor iaitu Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia pada 8 Oktober lepas.

Sabtu ini, Muhyiddin akan memulakan program lawatannya dengan bertemu warga pendidik daerah Sepang di Pekan Dengkil, selain menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di kawasan itu.

Beliau juga akan bertemu guru agama dari sekolah agama, tahfiz serta sekolah lain di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di Jugra, Banting.

Beliau juga dijadual menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia dan menunaikan solat Zuhur di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 3 petang, beliau akan bertemu masyarakat Cina di Sungai Chua, Kajang dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

Selain itu, beliau dijadualkan minum petang sebelum menghadiri acara terakhir iaitu perhimpunan Nurani Rakyat bersama masyarakat setempat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu 14 Puchong. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan