MIC Kedah Yakin Tawan Semula Dua Kerusi Tradisi

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: MIC Kedah yakin dapat menawan semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tradisinya iaitu Lunas dan Bukit Selambau pada pilihan raya umum ke-13 berdasarkan perkembangan positif pengundi di situ.

Pengerusinya, S Ananthan, berkata sambutan yang diterima pada majlis anjuran MIC dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan pengundi India di negeri itu kini semakin condong kepada BN.

"Keadaan ini lebih memudahkan pekerja parti menjalankan tugas mereka menyelami hasarat kaum India di Kedah," katanya selepas program penyampaian sumbangan duit raya sempena Deepavali kepada lebih 1,700 murid di tiga sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dalam DUN Lunas pada Jumaat.

Tiga sekolah terbabit yang dikunjungi Ananthan dan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Serai Mohd Bakri Hashim ialah di Ladang Victoria, Ladang Henerita dan Ladang Lunas/Wellesley Lunas.

Ananthan berkata, pemerhatian di lima kawasan mengundi dalam DUN Lunas yang majoritinya keturunan India yang sebelum ini menyokong pakatan pembangkang kini memihak kepada BN.

"Dianggarkan 6,000 pengundi India, iaitu 70 peratus daripada pengundi di kawasan itu memihak kepada BN, lebih-lebih lagi dengan keadaan kucar-kacir dalam Parti Keadilan Rakyat serta isu undang-undang hudud yang dibawa PAS," katanya.

Beliau berkata, MIC Kedah juga tidak bimbang jika ada pengundi menyertai parti kaum India lain, asalkan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKJT Ladang Lunas/Wellesley Lunas, P Parameswaran yang turut hadir mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat atas pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah itu yang siap akhir tahun lalu.

Beliau berkata, bangunan bernilai RM1.8 juta itu sudah digunakan awal tahun ini dan dapat menampung 840 murid. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan