Mercy Malaysia Serah Hospital Dijaffna Kepada Pihak Berkuasa Sri Lanka

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia pada Jumaat menyerahkan sebuah hospital kepada pihak berkuasa tempatan di Sri Lanka, yang akan memberi perkhidmatan jagaan kesihatan kepada penduduk di Jaffna.

Hospital bernilai RM819,378 (US$259,707) itu dibangunkan semula menggunakan peruntukan Tabung Bencana di bawah Kementerian Luar.

Anggota Majlis Eksekutif Mercy Malaysia Dr Heng Aik Cheng berkata hospital itu akan menampung keperluan jagaan materniti dan kesihatan primer untuk penduduk di Ampan dan sebahagian besar populasi di bahagian timur Jaffna.

"Apabila beroperasi, kami berharap hospital ini dapat menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 10,000 penduduk dari kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Penyerahan hospital itu berlangsung pada pagi ini di Ampan, Jaffna. Sejak beroperasi di negara itu lapan tahun lepas menerusi bantuan kepada mangsa banjir di 11 kliniknya, Mercy Malaysia turut membangunkan semula Sekolah Rendah Sadat di Akuressa, Matara, iaitu projek pertama seumpama badan bukan kerajaan tersebut.

Dr Heng berkata Mercy Malaysia juga telah menubuhkan pasukan teknikal berasaskan sukarelawan yang terdiri daripada jurutera, arkitek dan juruukur yang menyumbang kepakaran dalam projek pembangunan semula institusi kesihatan.

Mereka juga bekerjasama dengan agensi tempatan, Konsortium Agensi-agensi Kemanusiaan (CHA) dalam melaksanakan projek pembangunan semula serta program bantuan lain di Sri Lanka.

Mercy Malaysia dan CHA kini menjalankan klinik bantuan dan program kebersihan di Jaffna, serta baru memulakan projek air, sanitasi dan kebersihan diri bagi mereka yang kembali menetap di Ampan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan