Lebih 20,000 PATI Diampun & Dihantar Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 21,104 pekerja asing tanpa izin dari 48 negara telah diampun dan dibenarkan keluar dari negara ini sejak proses pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula 1 September lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata daripada jumlah itu, PATI dari Indonesia berjumlah 13,167 orang diikuti India (2,141), Myanmar (866), Nepal (833), Kemboja (751), Filipina (741), Bangladesh (708), Vietnam (674), Sri Lanka (490), Pakistan (364) dan China (211).

"PATI yang diampun ini telah disaring bersih daripada sebarang rekod kesalahan jenayah dan mereka dibenarkan pulang dengan segala kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh setiap PATI berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Daripada jumlah yang direkodkan keluar sehingga hari ini, 17,597 memilih pengangkutan udara, 3,458 menggunakan laluan laut dan baki 49 orang memilih jalan darat, kata Mahmood.

Katanya kos pengangkutan pulang bagi keseluruhan PATI berkenaan dianggarkan RM75 juta.

"Ini adalah sebahagian strategi penjimatan yang dirangka KDN di bawah pelaksanaan Program 6P. Selain mensyaratkan PATI yang diampun pulang menggunakan kos masing-masing, PATI yang menyerah diri kerana tidak berdaftar dalam program itu atau yang ditahan ketika operasi penguatkuasaan juga bakal terikat dengan konsep serupa," katanya.

Mahmood berkata bagi PATI serta majikan yang tidak berdaftar dengan Program 6P, mereka diberi tempoh sehingga tamat tarikh pengampunan untuk tampil menyerah diri di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen seluruh negara.

"Dengan berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan kompaun atau tindakan undang-undang sebaliknya disyaratkan untuk menanggung kos penghantaran pulang PATI terbabit dalam tempoh 14 hari selepas menyerah diri," katanya.

Mahmood berkata sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober lepas, 2,000 majikan tampil menghantar permohonan kepada pusat agensi kawal selia pemutihan yang berpusat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini.

Daripada jumlah itu, 22,782 PATI telah diputihkan status mereka manakala 752 baki permohonan ditolak agensi kawal selia yang selain KDN, turut dianggotai pelbagai agensi dan kementerian lain yang berkaitan.

Beliau berkata berdasarkan sambutan yang diterima setakat ini, masih ramai majikan belum tampil mengemukakan permohonan pemutihan bagi pekerja PATI masing-masing.

"Majikan diminta tidak menunggu sehingga saat akhir kerana tempoh yang dibenarkan kerajaan bagi melaksanakan proses pemutihan tidak akan dilanjutkan berikutan kebenaran terhad yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara," katanya.

Mahmood berkata permohonan bagi memutihkan 966,542 PATI yang telah sedia mempunyai majikan di negara ini perlu disegerakan kerana KDN bimbang tidak mampu menyelia permohonan dalam jumlah besar pada saat akhir.

Katanya ini kerana tempoh diperlukan bagi kedutaan setiap negara berkaitan untuk memproses dokumen sah bagi setiap PATI, dan tanpanya, pemutihan tidak akan diluluskan.

Sepanjang proses pendaftaran Program 6P dari 1 hingga 31 Ogos lepas, seramai 1,015,852 PATI didaftarkan, dan 966,542 daripadanya mengisytiharkan sudah mempunyai majikan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan