Kematian Gaddafi Mudahkan Pembentukan Kerajaan Baru Libya - Al Mansori

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kematian pemimpin Libya Muammar Gadaffi akan memudahkan kerajaan pemerintah sementara, Majlis Peralihan Nasional (NTC) menggerakkan rancangan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara itu.

Duta Libya ke Malaysia, Dr Abu Bakar Al-Mansori berkata berikutan kematian Gaddaffi semua tentera dan penyokong setia pemimpin itu turut dikalahkan.

Sama ada mereka ditangkap, dibunuh atau telah meninggalkan negara itu, katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

"Semuanya berakhir sama sekali. Tidak ada sokongan lagi kepada Gadaffi dan ini memudahkan NTC untuk membentuk sebuah Kabinet," katanya.

Katanya pemimpin kerajaan sementara NTC, Mustafa Abdel Jalil, dijangka mengisytiharkan pembebasan Libya pada Jumaat, yang bakal membuka jalan untuk negara itu 'bekerja dengan lebih bebas'.

Gadaffi, yang memerintah negara utara Afrika itu selama 42 tahun sebelum digulingkan pada Ogos lalu, dibunuh semalam selepas ditangkap berdekatan kampungnya di Sirte. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan