Industri Kreatif Mampu Jana RM6-7 Blion Untuk Negara - Rais

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri kreatif negara dijangka mampu menjana RM6 bilion hingga RM7.2 bilion setahun kepada pendapatan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata industri itu juga dilihat mampu menyediakan hampir 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini menjelang 2020.

Katanya, ini selaras dengan matlamat Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada Jumaat, iaitu untuk menjadikan industri kreatif berdaya saing dan dinamik dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "DIKN merupakan satu dasar yang signifikan dalam kita merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif di dalam negara kita.

"DIKN dapat mewujudkan masyarakat yang menjana ekonomi menerusi seni budaya dan warisan, di samping itu, berlumba-lumba dengan masyarakat antarabangsa yang telah lama meceburi bidang kreatif ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DIKN dan Jelajah Kreatif DIKN pada Jumaat. Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata DIKN akan meletakkan pembangunan industri kreatif tanah air pada landasan lebih kukuh dan menyeluruh untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata DIKN, melalui strateginya, menetapkan prinsip asas pembangunan industri kreatif negara, yang menjurus dan memacu kepada kegiatan kreatif secara lebih produktif serta ekonomik, melalui sinergi sektor awam dan swasta.

Katanya, Malaysia menduduki tangga ketujuh di kalangan negara membangun bagi eksport seni rekaan dengan nilai hampir US$3.2 bilion pada 2008.

Justeru, usaha perlu dipertingkat untuk melonjakkan Malaysia ke tangga lebih tinggi melalui kerjasama lebih erat semua pihak dalam menghasilkan produk serta kandungan kreatif yang lebih berdaya saing, katanya. Rais berkata kerajaan juga menyediakan pelbagai dana dan program bagi menggalakkan pertumbuhan industri kreatif tanah air. Ini termasuk pinjaman Dana Industri Kreatif bernilai RM200 juta yang dilancarkan pada 2009 dan Dana Pengdigitalan bernilai RM119 juta, serta geran RM100 juta yang diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk penghasilan kandungan kreatif multimedia. Selain itu, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mengadakan program di 500 sekolah menengah bagi mengenal pasti pelajar yang berbakat dalam seni kreativiti multimedia agar ia dapat dicungkil dan dipupuk dari awal.

Rais berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) juga bercadang mencari peluang untuk pengeluar filem tempatan bekerjasama dengan pengeluar filem antarabangsa bagi menghasilkan filem berkualiti tinggi.

Katanya, dalam hal ini, kerajaan akan membantu membiayai produksi tersebut jika tidak melibatkan kos yang tinggi.

"Kita cuba mencari jalan bagaimana satu atau dua filem yang bertaraf antarabangsa, yang melibatkan pelakon tempatan dan antarabangsa (dapat dihasilkan), sekiranya ia tidak melibatkan kewangan yang begitu tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan