Indonesia Setuju Batalkan Moratorium Pembantu Rumah Bermula 1 Disember - Susilo

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOMBOK: Kerajaan Indonesia mengumumkan penarikan balik moratorium ke atas pembantu rumah negara itu ke Malaysia bermula 1 Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam perundingan tahunan Malaysia-Indonesia di sini, Khamis.

Rundingan tahunan itu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Susilo.

Pertemuan itu bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Pertemuan yang dihoskan secara bergilir-gilir itu juga menjadi forum penting bagi kedua-dua negara mencari penyelesaian kepada isu-isu bilateral.

Selain penandatangan memorandum persefahaman tentang Pengelakan Cukai Berganda pada akhir pertemuan pada Khamis, perundingan tahunan kali ini juga membincangkan isu dua negara, termasuk soal penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan isu sempadan daratan dan sempadan maritim yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Indonesia melaksanakan moratorium itu sejak 26 Jun 2009, berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah negara itu oleh majikan di Malaysia, namun pihak berkuasa Malaysia telah bertindak tegas dengan mengheret majikan terbabit ke mahkamah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan