Gantung Khidmat Aziz Bari: Bukan Hukuman Tetapi Tempoh Beri Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

"Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya pada sidang media di UIAM di sini, Jumaat.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh portal Malaysiakini baru-baru ini menyifatkan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannya sebagai tidak konsisten.

Dr Zaleha berkata, Peraturan Tatatertib UIAM tidak menetapkan apa-apa tempoh untuk penggantungan namun akur betapa pentingnya bertindak segera.

"Apabila beliau sudah memberi tunjuk sebab, kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau sekiranya ada.

"Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIAM memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepas itu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

"Pada masa ini, pihak universiti sedang menunggu jawapan beliau terhadap surat tunjuk sebab itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

"(Bagaimanapun) tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIAM dan tidak mahu campur tangan pihak luar," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) UIAM, Prof Datuk Dr Md Tahir Azhar pula berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz bukan satu penalti tetapi adalah penggantungan sementara.

"Ini bagi mempermudahkan siasatan terhadap satu-satu kes. Bukan sahaja kes (Abdul Aziz) tetapi juga kes-kes terdahulu (melibatkan tatatertib kakitangan UIAM)," katanya.

Tambahnya lagi, Abdul Aziz juga masih dibenarkan berada di UIAM bukan seperti yang didakwa oleh mana-mana pihak namun bagi tujuan rasmi dan berkaitan dengan siasatan.

"Begitu juga dengan penggantungan khidmat beliau bukan satu hukuman kerana masih diberikan peluang untuk memberi penjelasan.

"Ia (hukuman) hanya boleh ditafsirkan sekiranya diputuskan selepas melalui Tribunal Universiti apabila mendapati kenyataan beliau menjejaskan kepentingan UIA," katanya.

Siasatan terperinci mengenai kenyataan Abdul Aziz itu dilaksanakan oleh Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan