Diskaun 50 Peratus Untuk Warga Emas Guna LRT Dan Monorel Mulai 1 Jan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari depan, warga emas di Lembah Klang akan menikmati diskaun 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata pelaksanaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012, yang bertujuan menggalakkan warga emas menggunakan perkhidmatan awam.

"Kehidupan di ibu kota memerlukan kos yang tinggi, dan bagi yang sudah bersara seperti warga emas kos kehidupan seharian mereka pasti lebih tinggi.

Dengan bantuan dari kerajaan seperti ini, diharap sedikit sebanyak meringankan beban mereka," katanya.

Tinjauan Bernama di sekitar stesen LRT Ampang Park dan stesen monorel Jalan Imbi mendapati pengguna warga emas amat menghargai langkah kerajaan itu seperti yang diluahkan pesara guru S. Kumaresan, 63, dari Taman Maluri di sini.

"Saya rasa ini usaha yang bagus. Walaupun akan dimulakan tahun depan tetapi ia sudah memberi berita gembira kepada golongan seperti kami. Kalau dulu kita naik tren pergi balik kena caj sampai RM6, tapi apabila kerajaan umum untuk beri bantuan kita sudah jimat RM3," katanya yang menyifatkan kerajaan amat prihatin.

Aminah Mad Noor, 58, yang bersyukur dengan pemberian kemudahan itu pula mencadangkan agar langkah tersebut diperluaskan kepada kemudahan awam yang lain.

"Kita kalau boleh nak minta diskaun diberi kepada semua kemudahan awam yang ada seperti bas, teksi dan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tetapi Alhamdulillah makcik bersyukur kerajaan tetap memberi diskaun walaupun kepada LRT dan Monorel sahaja," katanya yang menjalankan perniagaan kedai runcit.

Beliau yang tinggal di Setapak, menggunakan LRT dan monorel setiap minggu untuk berurusan dengan pelanggan juga berharap bantuan kepada warga emas dapat ditingkatkan dan tidak terhad kepada pemberian bantuan kemudahan awam sahaja.

Tan Wei Siong, 59, pula berkata diskaun yang diberikan ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan warga emas namun berharap diskaun itu dapat ditambah menjadi 60 peratus.

"Hidup di KL kos tinggi, kalau kerajaan sudah memberi bantuan ia amat bagus kepada golongan seperti kami. Kami masih banyak tanggungan. Naik teksi kami tak mampu jadi kami naik LRT dan tahun depan diberi diskaun ia menyenangkan kami," kata pesara kerajaan itu. Sambil mengalu-alukan pemberian diskaun itu, Abdul Halil Bakar, 66, berharap perkhidmatan LRT dan monorel dapat ditingkatkan agar lebih mesra warga emas.

"Kemudahan koc kepada kaum wanita sudah disediakan mengapa tidak diwujudkan koc bagi warga emas kerana rata-rata warga emas sudah berusia dan tidak boleh berada dalam koc yang bersesak-sesak," kata bekas anggota tentera itu.

Abd Halil berkata jika koc untuk warga emas diwujudkan, pemberian bantuan diskaun akan lebih berbaloi kerana warga emas pasti menggunakan kemudahan awam tersebut.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai amat wajar dan mesra rakyat.

"Kita menyokong apa yang dibentangkan kerajaan (Belanjawan 2012) mengenai pemberian diskaun ini dan berharap kemudahan-kemudahan lain akan turut diberi kepada warga emas di masa akan datang seperti diskaun menaiki teksi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan