UIAM Beri Surat Tunjuk Sebab: Aziz Bari Kata Dia Bukannya Curi Telur Ayam

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah Fakulti Undang-undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari atas kesalahan memberi kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Difahamkan surat tunjuk sebab itu telah dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti berkenaan pada Rabu ekoran kenyataan Abdul Aziz yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Beliau diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Ketika dihubungi, Abdul Aziz mengesahkan beliau telah menerima surat tunjuk sebab berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah pasti saya akan jawab tunjuk sebab itu. Cuma buat masa ini saya tak boleh komen lebih-lebih dan saya serahkan tindakan selanjutnya kepada peguam saya,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan surat tunjuk sebab yang diterimanya itu sebagai satu perkara yang melucukan.

“Saya rasa kelakar sebenarnya... Atas sebab apa mereka (pihak universiti) keluarkan surat tunjuk sebab...saya bukannya curi telur ayam?,” tanya Abdul Aziz.

Dalam pada itu, peguamnya, Dr Dzulkarnain Lukman turut mengesahkan bahawa selain digantung tugas, pakar perlembagaan itu turut dilarang berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan.

“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan.

"Berdasarkan surat tersebut beliau (Abdul Aziz) dikenakan tindakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti,” katanya.

Dzulkarnain berkata, beliau difahamkan ini kali ketiga Abdul Aziz dikenakan surat tunjuk sebab bagaimanapun ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki ke UIAM.

"Dua surat sebelum ini, beliau sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atau tidak.

“Kita juga akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan