Satu Lagi Perkhidmatan Televisyen Berbayar Seperti Astro Akan Muncul

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.

Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.

Dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.

Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.

Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.

Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.

Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.

Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.

Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.

Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan