Salah Guna Visa: 5 Daripada 8 Institusi Swasta Dalam Siasatan Jabatan Imigresen Adalah Pusat Bahasa - Berita Semasa | mStar

Salah Guna Visa: 5 Daripada 8 Institusi Swasta Dalam Siasatan Jabatan Imigresen Adalah Pusat Bahasa

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Daripada lapan institusi pengajian tinggi yang kini sedang disiasat oleh Jabatan Imigresen ekoran isu penyalahgunaan visa pelajar, lima daripadanya adalah merupakan pusat bahasa institusi pengajian swasta yang lesennya adalah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.

Menurut sumber, kesemua lapan institusi tersebut berpusat di sekitar Lembah Klang.

Mstar Online dimaklumkan tiga lagi institusi pengajian tinggi swasta yang berada di bawah pemantauan Kementerian Pengajian Tinggi telahpun dikenakan tindakan sekitar September lalu setelah didapati tidak mematuhi peraturan pengambilan pelajar asing.

Bentuk tindakan yang diambil ialah dengan menarik balik kebenaran untuk mengambil pelajar asing.

Ketiga-tiga institusi tersebut juga terletak di Lembah Klang.

Akhbar-akhbar tempatan termasuk akhbar The Star pada Rabu telah melaporkan bagaimana lambakan pelajar-pelajar asing khususnya dari benua Afrika telah menyalahgunakan visa pelajar untuk bermastautin dan menjalankan aktiviti haram di negara ini.

Antara lain mereka mendaftar sebagai pelajar dan selepas membayar kesemua yuran tahunan mereka akan menghilangkan diri atau hanya hadir sekadar untuk merekodkan kehadiran.

Mereka tinggal melebihi had yang dibenarkan di negara ini dengan memperolehi visa secara haram melalui orang tengah yang menjual ‘visa’ tersebut pada kadar RM500 hingga RM1,000.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan