Perkasakan Kursus Pra-Perkahwinan Sebelum Kuat Kuasa Hukuman Cerai - Mufti Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan disaran memperkasakan pendidikan pra-perkahwinan di kalangan pasangan Islam sebelum menguatkuasakan peraturan menghukum mereka yang melakukan perceraian tanpa alasan munasabah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pelaksanaan undang-undang terhadap sesuatu peraturan tidak dapat mengatasi masalah perceraian tanpa mengambil berat mengenai pendidikan di peringkat pra-perkahwinan lagi.

"Sebab itu, saya cadangkan supaya kerajaan menitikberatkan dulu soal prasarana pendidikan pra-perkahwinan..." katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan kerajaan negeri melaksanakan hukuman lebih berat, termasuk sebat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar menyebut cadangan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Langkah itu, katanya, untuk mengelakkan kadar perceraian yang tinggi terutama di kalangan pasangan muda menyebabkan ramai wanita menjadi mangsa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan