Pasukan Interim Akan Dibentuk Bagi Penubuhan Perbadanan Kampung Baru

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu Pasukan Interim akan dibentuk pada pertengahan bulan depan sebagai permulaan kepada penubuhan Perbadanan Kampung Baru dengan geran permulaan sebanyak RM15 juta, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi sebagai badan yang akan mencadangkan struktur, pelantikan anggota perbadanan tersebut dan majlis penasihatnya.

"Di peringkat kementerian, kita sudah mula gerak kerja walaupun kita masih perlu mendapatkan kelulusan di peringkat Dewan Negara, meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 telah diluluskan di peringkat persidangan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

"Kita akan melantik satu Interim Team untuk memulakan gerak kerja sebelum Perbadanan Kampung Baru ditubuhkan secara rasmi yang mana kita harapkan pada awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas satu majlis taklimat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung pembangunan Kampung Baru.

Taklimat tersebut diadakan bagi mendapat pandangan serta cadangan daripada GLC dan NGO berhubung pembangunan yang akan dilaksanakan di Kampung Baru.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Persatuan Anak-Anak Kampung Baru, Malay Agricultural Society (MAS) serta semua ketua kampung di tujuh buah kampung di Kampung Baru.

Raja Nong Chik berkata pasukan interim tersebut akan bertanggungjawab dalam memberi penerangan berkenaan dengan isu berhubung pembangunan semula Kampung Baru kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Beliau juga berkata beberapa projek infrasruktur "touch point" dengan anggaran kos sebanyak RM8.8 juta turut telah dilaksanakan di Kampung Baru bermula tahun ini seperti menaik taraf jalan, lorong dan longkang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan