Pakar Runding Tempatan & Luar Negara Kini Dijemput Sertai Pelan Induk Bandar Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakar runding tempatan dan luar negara kini dijemput mengemukakan rekabentuk pelan induk untuk pembangunan Bandar Malaysia di kawasan bekas pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungei Besi, Kuala Lumpur kepada Pertubuhan Perancang Malaysia (Malaysian Institute of Planners) atau MIP.

Cadangan untuk mengambil bahagian dalam pra-kelayakan pelan induk tersebut mestilah dikemukakan kepada pejabat MIP yang terletak di Plaza Kelana Jaya di sini, sebelum jam 4 petang, 15 November ini.

Bandar Malaysia adalah satu projek besar-besaran untuk membangunkan kawasan lapangan terbang lama Sungei Besi yang kini menempatkan pangkalan TUDM seluas 196 hektar.

Di bawah perancangan pembangunan Bandar Malaysia, pemaju utama projek ini iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berhasrat untuk membangunkan kawasan ini sebagai satu mercu tanda baru yang akan mencerminkan aspirasi Greater Kuala Lumpur.

Bandar Malaysia akan memiliki kawasan komersial, kediaman dan kemudahan gaya hidup.

Sebarang pertanyaan mengenai rekabentuk pelan induk Bandar Malaysia ini boleh diperolehi dengan menelefon 03-78770637/03-78770636, emel kepada bmsecretariat@mip.org.my atau layari www.bandarmalaysiacompetition.com

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan