Najib Tiba Di Lombok Untuk Perundingan Tahunan Dengan Yudhoyono

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MATARAM (Lombok): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di sini Khamis untuk acara perundingan tahunan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam rangka pertemuan bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Pertemuan yang dihoskan secara bergilir-gilir itu juga menjadi forum penting bagi kedua-dua negara mencari penyelesaian kepada isu-isu bilateral.

Selain penandatangan memorandum persefahaman tentang Pengelakan Cukai Berganda pada akhir pertemuan hari ini, perundingan tahunan kali ini juga dijangka membincangkan isu-isu termasuk soal penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan isu sempadan daratan dan sempadan maritim yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberikan sambutan mesra oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono sejurus tiba di pusat peranginan Novotel Resort, Lombok, yang menjadi venue pertemuan itu.

Terdahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, Perdana Menteri dan isteri disambut Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa dan isteri Sranya Natalegawa.

Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut mereka ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Dalam acara pertemuan hari ini Perdana Menteri mengetuai delegasi enam anggota kabinet dan seorang timbalan menteri.

Mereka terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan