KPT Kaji Kriteria Permohonan Pelajar Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji proses serta kriteria permohonan pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran di negara ini.

Kajian itu termasuk melihat amalan negara maju dalam hal berkaitan permohonan pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara mereka.

Dalam satu kenyaaan pada Rabu, kementerian itu menjelaskan bahawa kajian itu perlu ekoran laporan mengenai peningkatan kegiatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh pelajar asing di institusi peggajian tinggi swasta (IPTS) terutamanya dari benua Afrika.

Antara kegiatan yang dilaporkan termasuk jenayah komersial dan narkotik serta tinggal di negara ini melebihi masa yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi antara langkah yang telah diambil bagi mengekang masalah itu termasuk mewajibkan semua IPTS mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum dibenarkan mengambil pelajar asing.

"Sehingga kini, terdapat 189 buah IPTS mempunyai kelulusan KDN yang melibatkan 62 IPTS bertaraf Kolej Universiti dan Universiti serta 127 IPTS bertaraf Kolej," kata kenyataan itu.

Selain itu, Jabatan Pengajian Tinggi hanya akan memproses permohonan bagi perakuan pas pelajar antarabangsa melalui sistem e-pelajar yang ditadbir urus oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Perakuan diberikan berdasarkan dokumen yang dikemuka kepada Kementerian seperti surat tawaran IPTS, transkrip, status akreditasi program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), laporan kesihatan dan Sijil Sokongan Luar Negara (non objection certificate) bagi pelajar dari negara Sub Sahara.

Pihak kementerian juga bekerjasama dengan KDN, Jabatan Imigresen dan polis dengan melakukan pemantauan ke atas pelajar antarabangsa di IPTS dari semasa ke semasa dan mengenakan beberapa tindakan penguatkuasaan ke atas IPTS sekiranya didapati melakukan kesalahan atau kegagalan dalam pengurusan pelajar antarabangsa secara berkesan.

"Tindakan undang-undang akan diambil ke atas institusi berkenaan atau pelajar antarabangsa di bawah undang-undang yang berkaitan," menurut kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan