Jakim Buat Simulasi Uji Tahap Kecekapan Laksana Peraturan Baru Logo Halal

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan satu simulasi untuk menguji tahap kesiapsiagaannya dalam melaksanakan peraturan baharu mengenai logo halal, yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, simulasi tersebut akan diadakan untuk semua negeri dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini membabitkan pegawai yang ditempatkan di negeri-negeri dan pegawai Jakim.

Menurutnya, penganjuran simulasi itu penting dalam memastikan pelanggan-pelanggan Jakim mendapat kualiti perkhidmatan terbaik lagi cepat.

"Jakim sebenarnya sudah bersedia dari segi peralatan serta penerimaan masyarakat yang akan berdepan dengan senario ini.

"Pagi semalam, saya mengadakan mesyuarat membincangkan persediaan untuk menyambut penguatkuasaan akta ini. Mujurlah juga kerajaan baru-baru ini telah menambah seramai 45 pegawai untuk tujuan pemantauan penguatkuasaan akta yang dimaksudkan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam.

Sementara itu, Othman turut menegaskan, Jakim juga berhasrat menjadikan barangan pengguna seperti bahan pencuci, solekan dan farmaseutikal sebagai barangan halal dan ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka sederhana Jakim dalam memartabatkan industri halal.

Langkah tersebut, ujar beliau, penting dalam mendidik pengguna-pengguna untuk mendapatkan bahan makanan dan gunaan yang halal, bersih serta berkualiti.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan