Had Kelayakan Pendapatan Skim Rumah Pertamaku Diketahui Minggu Depan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan penetapan had gaji minimum antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan, bagi membolehkan orang ramai layak menyertai program Skim Rumah Pertamaku akan diketahui minggu depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata ketika ini kerajaan sedang berbincang dengan pihak yang berkaitan dalam industri perumahan dan perbankan bagi meningkatkan had kelayakan itu.

"Jika sebelum ini pendapatan pemohon adalah bawah RM3,000 (sebulan), kini kita sedang mengkaji untuk meningkatkan had kelayakan berkenaan kepada RM6,000 atau RM7,000. "Keputusan mengenai perkara ini mungkin akan diumumkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Parlimen minggu depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, pada Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melancarkan Program Skim Rumah Pertamaku bagi membolehkan mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk membeli rumah. Kerajaan menerusi Bajet 2012 sudahpun meningkatkan harga rumah yang boleh dibeli menerusi skim itu kepada RM400,000 berbanding RM300,000 sebelum ini.

Menurut Lim, selain penetapan had minimum, kerajaan juga mengkaji sama ada had kelayakan itu membabitkan gabungan pendapatan suami dan isteri yang memohon skim berkenaan.

"Perkara itu akan dibincangkan dengan pihak bank kerana apa yang saya tahu bahawa bank menetapkan syarat jumlah bayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan. "Jadi selepas kebenaran membeli rumah ditingkatkan kepada RM400,000, adalah wajar had kelayakan gaji pemohon juga perlu ditingkatkan supaya ia selaras dengan kenaikan itu," katanya.

Sebelum ini, anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya had gaji minimum RM3,000 untuk program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM6,000, selaras dengan peningkatan had maksimum harga rumah yang kini mencecah sehingga RM400,000.

Katanya, pertimbangan itu bagi memastikan golongan muda membeli rumah mengikut kemampuan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan