Batalkan Visa Pelajar Asing Terlibat Dengan Aktiviti Jenayah - Khaled Nordin

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi mahu Jabatan Imigresen membatalkan visa pelajar asing yang didapati terlibat dengan aktiviti jenayah.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian tapi saya harap Jabatan Imigresen dapat membatalkan visa pelajar asing yang didapati bersalah terlibat dengan apa-apa kesalahan,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada pemberita selepas merasmikan Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin di sini, Khamis.

Akhbar-akhbar tempatan termasuk akhbar The Star pada Rabu telah melaporkan bagaimana lambakan pelajar-pelajar asing khususnya dari benua Afrika telah menyalahgunakan visa pelajar untuk bermastautin dan menjalankan aktiviti haram seperti terlibat dengan pelacuran dan penjualan dadah di negara ini.

Antara lain mereka mendaftar sebagai pelajar dan selepas membayar kesemua yuran tahunan mereka akan menghilangkan diri atau hanya hadir sekadar untuk merekodkan kehadiran.

Mereka tinggal melebihi had yang dibenarkan di negara ini dengan memperolehi visa secara haram melalui orang tengah yang menjual ‘visa’ tersebut pada kadar RM500 hingga RM1,000.

Mengulas lanjut, Khaled berkata terdapat 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika atas pelbagai jenis kesalahan jenayah daripada kira-kira 20,000 pelajar dari benua itu di Malaysia pada masa ini.

"Kita tidak boleh menghukum pelajar Afrika yang betul-betul mahu belajar hanya kerana beberapa rakan mereka melakukan jenayah, itu tidak adil.

"Kita sepatutnya memberi peluang kepada mereka untuk menuntut ilmu di sini bagi memajukan negara mereka," katanya.

Mohamed Khaled berkata Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan peraturan bagi pengambilan pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS untuk memastikan pelajar yang tulen sahaja dibenarkan mengikuti pengajian.

Beliau meminta IPTA dan IPTS supaya sentiasa memberikan maklumat dan data terbaru mengenai pelajar asing kepada kementerian bagi memantau sama ada mereka komited untuk belajar atau sekadar membuang masa.

Mengulas cadangan mewujudkan kuota lepasan matrikulasi ke IPTA bagi mengelak berlakunya keciciran, Mohamed Khaled berkata perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh.

Menurutnya sistem meritokrasi masih relevan pada masa ini kerana pengambilan pelajar ke IPTA dinilai melalui 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

"Kemasukan ke IPTA dinilai melalui sistem merit dan kelayakan seseorang pelajar dan bukannya dari mana pelajar itu datang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan