76 Jenama Sertai Program Penyenaraian Pemilik Cap Dagangan Berdaftar - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, terdapat sebanyak 76 jenama yang telah menyertai Program Penyenaraian Pemilik Cap Dagangan Berdaftar (BOB), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, BOB merupakan pangkalan data penyenaraian maklumat yang digunapakai sebagai rujukan dalam pengambilan kes-kes berkaitan barangan cetak rompak dan tiruan.

"Sebelum ini kita sukar mendapatkan kerjasama daripada pemilik hak cipta atau pemilik dagang kerana mereka menganggap kes sudah selesai apabila rampasan dibuat oleh KPDNKK.

"Bagaimanapun, kes-kes ini memerlukan bukti di mana mereka perlu tampil untuk membuat pengecaman dan pengesahan bahawa mereka adalah pemilik sebenar dan yang dirampas itu adalah cetak rompak atau tiruan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Hak Harta Intelek 2011 di sini, Khamis.

Ismail Sabri berkata, tanpa kerjasama itu, kes berkenaan akan ditolak atau tidak dapat diselesaikan di mahkamah.

"Kita akan memberi keutamaan kepada mereka yang berdaftar sebagai BOB.

"Bagaimanapun, kementerian tetap melakukan penguatkuasaan terhadap jenama-jenama lain selagi terdapat kes cetak rompak dan tiruan berkaitan," katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas barangan cetak rompak sejumlah RM9.62 juta berdasarkan 457 kes tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Manakala bagi barangan tiruan pula sebanyak RM10.98 juta bagi tempoh yang sama berdasarkan 1,015 kes.

Menurut Ismail Sabri, KPDNKK menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu pengurangan sebanyak 30 peratus bilangan premis yang menjual barangan tiruan dan cetak rompak pada tahun 2010.

"KPI tahun lalu adalah pengurangan sebanyak 35.43 peratus daripada 460 premis kepada 297 premis.

"Tahun ini kita mensasarkan KPI iaitu pengurangan 50 peratus. Bagi enam bulan pertama tahun ini (perbandingan bagi tempoh yang sama tahun lalu) adalah 31 peratus," katanya.

Konvensyen Penguatkuasaan Hak Harta Intelek 2011 merupakan sebahagian daripada program 'Kempen Gerak Gempur (GGCR) 2011.

GGCR 2011 adalah lanjutan kepada program GGCR 2010 yang dilancarkan pada 10 Mei 2010.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan