Unit Khidmat Pelanggan Tabung Haji Ronda Lapan Lokasi di Mekah

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Kira-kira 75 peratus daripada kes yang ditangani unit perkhidmatan pelanggan Tabung Haji (TH) di sini adalah berkaitan dengan jemaah haji tersasar dari penginapan mereka.

Pengurus Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji Md Pilus Md Yusof berkata kes-kes ini biasanya membabitkan jemaah haji yang baru menjejakkan kaki ke tanah suci serta warga emas.

Beliau berkata dalam usaha menangani kes-kes itu, pihaknya menetapkan lapan lokasi penting sekitar Masjidil Haram yang ditempatkan seorang petugas peronda sepanjang masa khusus bagi membantu jemaah haji apabila diperlukan.

"Kami ada 13 peronda yang mengambil giliran bertugas bagi memastikan ada petugas di lokasi itu sepanjang masa," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini.

Beliau berkata unit itu meletakkan sasaran untuk menangani kes-kes jemaah tersasar ini dalam tempoh sejam, namun setakat ini setiap kes berkenaan yang ditanggani unit itu biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira setengah jam sahaja. Md Pilus berkata anggota peronda ini biasanya akan berusaha membantu jemaah haji dari mana-mana negara sekalipun yang memerlukan bantuan semasa mereka menjalankan tugas, dan tahun ini pihaknya dibekalkan dengan sebuah kenderaan bagi menambahkan lagi keberkesanan unit itu.

Beliau berkata selain jemaah tersasar, antara yang turut ditangani unit itu ialah aduan barang hilang, gelang atau kad pengenalan jemaah haji hilang, tunjuk arah, masalah berkaitan kediaman dan sebagainya. Menurutnya gelang pengenalan jemaah merupakan kelengkapan penting yang perlu sentiasa dijaga kerana selain memaparkan nama, nombor pasport dan kewarganegaraan jemaah yang memakai gelang itu, ia turut menampilkan nombor telefon unit perkhidmatan pelanggan Tabung Haji.

Beliau berkata unit itu beroperasi 24 jam sehari bagi memastikan jemaah haji mempunyai 'tempat untuk mengadu' sepanjang masa, tanpa mengira apa jua masalahnya. "Kami sedia mendengar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan