Tempoh Menunggu Pemeriksaan Imigresen di LCCT Kini 15 Minit

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tempoh menunggu bagi pemeriksaan di kaunter Imigresen di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di sini kini adalah maksimum 15 minit.

Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Mohd Zulfikar Ahmad berkata, kesibukan sering berlaku di Imigresen di LCCT terutama di bahagian ketibaan dan waktu puncak.

"Sebelum ini kami menerima aduan daripada orang ramai terutama penumpang mengenai tempoh menunggu yang lama sehingga 45 minit.

"'Kami amat menitikberatkan perkara itu demi keselesaan penumpang dan usaha penambahbaikan ini dan tempoh 15 minit itu merupakan sebahagian daripada petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya pada sidang media di LCCT di sini, Rabu.

Zulfikar berkata, Jabatan Imigresen telah menyediakan langkah-langkah penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang.

"Kami telah menambah sebanyak enam kaunter yang sudah siap beroperasi manakala lapan kaunter lagi akan ditambah pada pertengahan Oktober ini," katanya menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 38 kaunter Imigresen di bahagian ketibaan di LCCT.

Beliau berkata, pengenalan kaunter flexi turut diperkenalkan bagi pemeriksaan pasport asing di kaunter pasport Malaysia.

"Selain itu, kami juga akan menambah 50 Pegawai Imigresen untuk operasi, menyediakan laluan pantas (fast lane), sistem pandu arah dan mewujudkan kumpulan syif sokongan," katanya.

Menurut Zulfikar, usaha penambahbaikan itu akan meningkatkan kecekapan operasi Jabatan Imigresen di LCCT sehingga lebih 50 peratus.

"Secara tidak langsung ia juga memberi kesan baik kepada syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan kepada para penumpang," katanya.

Seramai 2.6 juta rakyat tempatan dan 3.4 juta warga asing yang telah keluar dan masuk negara ini serta 63,420 pekerja asing melalui LCCT dari Januari sehingga September 2011.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan