Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Dijangka Siap 2016

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakej akhir Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Baharu dijangka siap pada 2016, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Katanya Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dijangka siap menjelang akhir 2013 dan Landasan Seremban-Gemas menjelang tahun depan.

"Kita telah menyiapkan projek Landasan Berkembar Elektrik Kuala Lumpur-Ipoh dan Kuala Lumpur-Seremban. Pada masa ini, laluan Seremban-Gemas hampir 80 peratus siap.

"Bagi Projek Ipoh-Padang Besar, saya rasa ia kini 70 peratus siap," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kereta Api Asean ke-33 2011 di sini, Rabu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan