PKR & PAS Putus Tak Ambil Bahagian Dalam Perhimpunan Sejuta Umat Sabtu Ini

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PKR tidak akan mengambil bahagian dalam 'Perhimpunan Sejuta Umat' yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam pada Sabtu ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana tidak mahu penyertaan parti itu akan dimanipulasi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

"Kita tidak akan bersama dalam perhimpunan itu. PKR mengambil sikap untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

"Apatah lagi ada kebimbangan dan kecurigaan yang dibangkitkan pelbagai pihak tentang kemungkinan diperalatkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Selain itu Anwar berkata, PKR juga tidak mahu diheret dalam isu ketegangan agama dan kaum kesan daripada perhimpunan itu nanti.

"Kita tidak mahu diperalatkan untuk menimbulkan keresahan antara agama dan kaum," katanya.

Namun pada masa yang sama, Ketua Pembangkang itu berkata, PKR tetap berpendirian bahawa isu berkaitan akidah umat Islam perlu terus dipertahankan.

"Dari segi keperluan menjaga akidah dan meningkatkan dakwah perlu kita tingkatkan.

"Saya juga merasakan tanggungjawab untuk membetulkan akidah dan tingkatkan sahsiah yang baik harus diteruskan," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada beliau yakin perhimpunan berkenaan didalangi oleh Umno, Anwar berkata: "Berdasarkan maklumat dan melalui cara media Umno memainkan isu berkenaan, tindakan polis memberi permit serta personaliti yang terlibat...mungkin ya."

Ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang kemungkinan menyertai perhimpunan itu nanti, Anwar berkata beliau yakin ahli PKR memahami pendirian yang dikeluarkan pimpinan parti berhubung isu berkenaan.

"Saya yakin mereka faham dengan ingatan tegas ini," katanya.

Himpun itu akan diadakan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Sementara itu PAS turut mengambil pendirian yang serupa dengan PKR untuk tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ketika berkata demikian bagaimanapun tidak pula menyatakan sama ada ahli mereka dibenarkan menghadirinya.

Hadi berkata, PAS telah memutuskan untuk tidak secara rasmi mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan sebagai menyahut saranan pihak penganjur yang tidak mahu menjadikan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan politik.

“PAS dimaklumkan bahawa tidak akan ada parti politik yang terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Atas sebab itulah kami mengambil pendirian untuk tidak melibatkan diri dalam perhimpunan tersebut," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan