Pertikai Titah Sultan: Aziz Bari Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari pada Rabu dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis kerana didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Abdul Aziz yang dihubungi megesahkan beliau telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 10 pagi Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor.

“Saya baru sahaja selesai beri keterangan kepada dua pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) di IPD Shah Alam.

“Saya ke sana dengan peguam saya, Dr Dzulkarnain Lokman. Mereka merekodkan kenyataan saya selama satu jam bermula pada pukul 9 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudian,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, beliau telah memberi kerjasama penuh ketika kenyataannya direkodkan oleh pegawai polis berkenaan.

“Saya tidak ada masalah jika mereka (polis) nak panggil saya lagi untuk beri kenyataan. Negara kita ada undang-undang, saya ada hak dan pihak polis juga ada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan,” katanya.

Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabatnya untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Aziz dipetik sebagai berkata tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan Senator Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jais ke atas DUMC.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan