Pembangkang Kutuk Tuduhan Anak Guan Eng Cabul Rakan

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang pada Selasa mengutuk tindakan penulis laman blog yang menuduh anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah ditukar sekolah selepas didapati mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan peribadi berhubung isu moral terhadap seorang pelajar sekolah demi kepentingan politik merupakan satu tindakan yang menjijikkan dan memalukan.

Beliau segera melabelkan pengendali-pengendali laman blog tersebut sebagai pro-Umno.

Tegas beliau, permainan politik seharusnya mempunyai had tertentu dan tindakan bloger berkenaan sudah melampaui batasan kerana sanggup menjadikan seorang remaja sebagai sasaran.

“Kita kutuk sekeras-kerasnya tindakan ini, politik sebegini harus dihentikan. Kami berharap keluarga Guan Eng bersabar menghadapi serangan teruk yang amat keji ini," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Baru-baru ini, beberapa blog telah menyiarkan laporan yang didakwa anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun telah mencabul rakan sekolahnya dan ekoran daripada itu dia telah ditukarkan ke sekolah lain.

Blog berkenaan turut mendakwa keluarga mangsa kononnya telah dibayar RM200,000 untuk menutup mulut.

Dalam pada itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan merupakan perlakuan yang sering dilakukan apabila tibanya musim pilihan raya.

"Demi nak dapatkan sokongan politik, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk memfitnah, inilah yang mereka lakukan sejak dahulu.

"Inilah yang kita panggil 'penyakit' dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

Selain itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut jelas satu penipuan dan pembohongan yang tidak berasas.

“Saya ingin bertanya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak atau cucu mereka dituduh dengan teruk seperti itu? Bagaimana mereka boleh benarkan bloger-bloger ini melakukan tuduhan sekeji itu?

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan