PAPA: Perlu Wujud Sistem Pengurusan Pembantu Rumah Yang Sistematik - Berita Semasa | mStar

PAPA: Perlu Wujud Sistem Pengurusan Pembantu Rumah Yang Sistematik

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan Indonesia dan Kemboja untuk membekukan penghantaran pembantu rumah mereka untuk bekerja di Malaysia, tidak menggambarkan industri pembantu rumah asing di negara ini sudah mencapai tahap kritikal.

Sebaliknya, menurut Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) Jeffrey Foo, masa depan industri pembantu rumah di Malaysia masih cerah memandangkan masih ada permintaan daripada majikan di negara ini untuk golongan pekerja sedemikian.

Katanya, apa yang berlaku ketika ini menuntut pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu serta cara pengurusan pembantu rumah di masa hadapan.

"Kami di PAPA berpendapat, langkah terbaik untuk menyelesaikan segala perbalahan berbangkit seperti mana yang berlaku di pihak kerajaan Indonesia dan Kemboja ialah dengan mewujudkan satu sistem pengurusan teratur dan sistematik.

"Dengan adanya satu sistem pengurusan teratur, semua pihak berkepentingan akan merasa senang hati. Maksudnya isu dari sudut perlindungan kepada majikan, pekerja dan agensi pembantu rumah asing akan diberi layanan yang adil."

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Jeffrey turut melahirkan harapannya agar kebuntuan yang timbul antara kerajaan Malaysia dan Kemboja dalam penghantaran pembantu rumah asing dapat diselesaikan secara harmoni tanpa perlu berkonfrontasi.

Tegas beliau, satu jalan penyelesaian komprehensif secara berterusan perlu dikenal pasti bagi menentukan masalah yang timbul sekarang tidak akan berulang kembali.

Dalam pada itu, PAPA menyambut baik kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam yang menjelaskan tidak ada kematian warga Kemboja dilaporkan di negara ini akibat didera oleh majikan sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati, hanya dua warga Kemboja, kedua-duanya pekerja kilang yang disahkan dibunuh kerana perbalahan sesama sendiri dan bukannya pembantu rumah yang mati akibat didera majikan seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

"Ternyata, dakwaan itu dibuat tanpa bukti kukuh. Kenyataan PDRM itu sekaligus membuktikan apa yang didakwa terhadap sikap majikan kita adalah tidak benar,'' tambahnya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan