Lebih 3000 Kanak-kanak Terabai - Shahrizat

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,506 orang kanak-kanak dilaporkan diabaikan keluarga masing-masing di negara ini dalam tempoh hampir tiga tahun sejak 2008 hingga Mei tahun ini.

Selain itu berdasarkan rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, warga emas yang turut terabai pada tempoh yang sama ialah seramai 1,458 orang.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementerian itu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 11 buah rumah kanak-kanak dan 13 buah rumah warga emas bagi menempatkan mereka yang diabaikan keluarga keluarga masing-masing.

"Daripada jumlah itu, sembilan adalah Rumah Seri Kenangan, dua buah Desa Bina Diri dan dua buah Rumah Ehsan," katanya menerusi jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui statistik kanak-kanak dan warga emas yang diabaikan keluarga serta senarai pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas.

Selain itu menurut Shahrizat, jumlah keseluruhan Pusat Jagaan Kanak-kanak (PJKK) yang berdaftar dengan JKM sehingga Julai 2011 adalah sebanyak 307 buah manakala yang tidak berdaftar sebanyak 1,153 buah.

Katanya lagi, Pusat Jagaan Warga Emas (PJWE) yang berdaftar adalah sebanyak 102 buah manakala yang tidak berdaftar adalah sebanyak 280 buah.

"Selangor mencatatkan bilangan PJKK berdaftar tertinggi iaitu sebanyak 98 buah dan juga PJKK tidak berdaftar tertinggi sebanyak 690 buah.

"Perak pula mencatatkan bilangan PJWE berdaftar tertinggi iaitu sebanyak 25 buah sementara Selangor mencatatkan bilangan PJWE tidak berdaftar tertinggi sebanyak 93 buah," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan