Kes Cerai Boleh Diselesai Dengan Perbincangan Bukan Menghukum - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes perceraian yang diklasifikasikan sebagai tidak munasabah di kalangan pasangan suami isteri di negara ini yang semakin meningkat boleh diselesaikan dengan perbincangan meluas yang melibatkan semua pihak daripada mencari penyelesaian dengan menghukum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peningkatan jumlah kes penceraian sebegitu biasanya disebabkan pelbagai faktor antaranya ekonomi, persefahaman dan hilang sumber pencarian.

Menurut beliau, sebelum mengambil langkah mengetatkan undang-undang atau memberatkan hukuman, semua pihak perlu mengenal pasti punca atau faktor perceraian itu terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu kepada undang-undang yang diperuntukan. "Usaha-usaha ke arah memperkemaskan kes perceraian tanpa sebab munasabah ini, saya fikir elok untuk dibincangkan pada peringkat yang lebih ramai kelompoknya tentang apa sebenarnya yang patut kita lakukan selain daripada tindakan.

"Perceraian ini kadang kala disebabkan faktor ekonomi, antaranya suami yang gagal memberi nafkah akibat diberhentikan kerja, isteri hilang sumber nafkah akibat suami dihukum penjara atau pelbagai sebab lain.

"Elok ia dibincangkan dengan ruang yang lebih luas," katanya kepada pemberita selepas menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat koperasi di sini, Rabu. Jamil Khir diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar di Dewan Undangan Negeri semalam bahawa pihaknya sedia mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.

Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima zakat perniagaan berjumlah RM650,435.70 daripada lapan buah syarikat koperasi tersebut bagi pihak MAIWP untuk tahun ini.

Koperasi tersebut ialah Koperasi Angkatan Tentera Bhd, Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Bhd, Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Bhd, Koperasi Kakitangan Felda Bhd, Koperasi News Straits Times Press Bhd dan Koperasi Pekerja-Pekerja Jabatan Perdana Menteri Bhd.

Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Nasional Bhd dan Koperasi Staf Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Bhd.

Beliau turut menyampaikan bantuan zakat kepada golongan yang berhak menerima zakat mewakili empat skim bantuan zakat iaitu Skim Pendidikan, Skim Perubatan, Skim Perniagaan dan Skim Bantuan Bulanan dengan jumlah keseluruhan lebih RM82 juta.

Dalam ucapan di majlis itu, Jamil Khir berkata MAIWP sentiasa membantu fakir miskin dan setiap bulan MAIWP memberi bantuan zakat kepada 12,000 orang fakir miskin dengan jumlahnya mencecah RM4 juta sebulan.

Selain bantuan wang tunai, MAIWP turut mempunyai dua institusi pendidikan iaitu Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) untuk memberi latihan dan pendidikan kepada anak-anak golongan fakir miskin.

Menurut beliau, inisiatif pendidikan itu adalah untuk membantu mereka berubah daripada menjadi golongan asnaf iaitu penerima zakat kepada pembayar zakat setelah mendapat pekerjaan selepas pengajian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan