Kerajaan Bakal Pinda Akta Keselamatan Sosial

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 selepas memperhalusi beberapa cadangan yang disarankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selaras dengan kehendak semasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, pindaan yang sedang diperhalusi itu selaras dengan cadangan untuk meningkatkan umur persaraan dan juga penetapan gaji minimum yang sedang diteliti oleh kementerian tersebut.

"Pada awal tahun ini, Perkeso telah menyemak semula peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

"Lanjutan daripada semakan tersebut beberapa cadanggan pindaan yang terkini dan bersesuaian dengan kehendak semasa telah dikenal pasti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mengkaji peruntukan yang terdapat dalam Perkeso agar bersesuaian dengan kehendak semasa.

Menurut Maznah sehingga tahun lalu, Akta Keselamatan Sosial 1969 telah dipinda sebanyak sembilan kali sejak 1979 di mana pindaan terakhir adalah pada 2005.

Menjawab soalan tambahan Abdullah Sani berhubung sama ada Perkeso akan mengeluarkan penyata kepada pencarumnya, Maznah berkata perkara tersebut sememangnya menjadi salah satu elemen yang sedang diperhalusi.

"Saya percaya perkara ini sudah ada dalam perhatian Perkeso.

"Kita juga sedang menaik taraf sistem teknologi maklumat supaya perkara ini dapat dilaksanakan apabila kita membuat pindaan akan datang," katanya.

Dalam pada itu menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) sama ada Perkeso akan menetapkan kadar bayaran pampasan lebih tinggi kepada pencarum, Maznah berkata Perkeso mebuat kajian berkenaan setiap lima tahun.

"Ia dibuat dengan mengambil kira kos-kos semasa. Pada 2010 Perkeso membuat pelarasan kasar pencen kepada pencarum daripada 0.6 peratus kepada 11.3 peratus.

"Selain itu yang sedang dikaji ialah bantuan faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal.

"Kita juga mengkaji mengenai faedah layanan sentiasa iaitu elaun yang diberi kepada pekerja yang sudah terlantar yang perlu dijaga sepenuh masa oleh isteri atau ahli keluarga," katanya.

Menurut Maznah, pada ketika ini elaun maksimum yang diterima bagi faedah layanan sentiasa adalah sebanyak RM500.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan