Jangan Sekat Hak Orang Ramai Mendapat Maklumat - Prof Kirtley

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak harus menyekat hak orang ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).

Jane E.Kirtley, Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University of Minnesota berkata bagi negara yang mempunyai undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk di bawah undang-undang itu.

"Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk "Media dan Undang-undang & kod Etika" anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini, Rabu.

Kirtley berkata jika mengekalkan OSA atas sebab keselamatan negara, kerajaan perlu menjelaskan maklumat tertentu yang akan diklasifikasi sulit kerana setiap negara mempunyai situasi berbeza dalam perkara yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau menyebut contoh kerajaan British memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1911, yang menyebut bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendedahkan sebarang maklumat rasmi tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan menggantikannya dengan Akta Rahsia Rasmi 1989.

Mengikut undang-undang baru itu, adalah menjadi kesalahan untuk mendedahkan maklumat rasmi hanya jika ia tertakluk dalam kategori khas dan hanya jika pendedahannya menggugat kepentingan negara.

Kirtley berkata wartawan tidak seharusnya dikehendaki mematuhi OSA kerana ia melanggar kod etika kewartawanan untuk mencari kebenaran, kejujuran, keadilan dan keberanian dalam mengumpul, melapor dan mentafsir maklumat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan