DAP Dedah Identiti Pelajar Wanita Yang Didakwa Mangsa Cabul

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP pada Rabu mendedahkan identiti sebenar individu yang didakwa menjadi mangsa pencabulan anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Ahad lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pelajar wanita terbabit iaitu Anya Corke yang berusia 21 tahun dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dan dibesarkan di Hong Kong.

"Dia merupakan pelajar tahun tiga Kolej Wellesley, AS dan kini mewakili Britain dalam pertandingan catur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

Tony berkata, identiti tersebut berjaya didedahkan selepas siasatan terperinci dilakukan oleh Pengurus Teknologi Maklumat di ibu pejabat DAP, Goh Kheng Teong menerusi gambar-gambar yang disiarkan dalam blog papagomo.com dan mediapermatangpauh.blogspot.com.

"Penemuan itu menimbulkan keraguan terhadap dakwaan yang disebarkan dalam blog. Individu itu bukan pelajar di sekolah terbabit. Ia adalah tuduhan liar dan fitnah berniat jahat untuk menjatuhkan maruah seorang pemimpin di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP turut menuntut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya meminta maaf kepada Lim dan keluarganya berhubung tulisannya di Twitter, semalam.

"Umno juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang melemparkan tuduhan itu," kata Tony.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, mereka sekeluarga akan mempertimbangkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika Khairy atau pemilik blog berkenaan enggan meminta maaf berhubung dakwaan tersebut.

Baru-baru ini, beberapa blog telah menyiarkan laporan yang mendakwa anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun telah mencabul rakan sekolahnya dan ekoran daripada itu dia telah ditukarkan ke sekolah lain.

Blog berkenaan turut mendakwa keluarga mangsa kononnya telah dibayar RM200,000 untuk menutup mulut.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan