Bantuan Khas RM500 Digesa Disalur Melalui Pejabat Daerah

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dilakukan secara terus menerusi Pejabat Daerah bagi mengelak karenah birokrasi.

Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata rakyat di peringkat akar umbi berharap kerajaan menggunakan mekanisme yang mudah dan cepat seperti menggunakan saluran menerusi Pejabat Daerah yang berhampiran kawasan mereka.

"Pendekatan tapisan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dianggap menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Proses akan menjadi rumit kerana ada sesetengah rakyat tidak pernah pergi ke LHDN," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktoberr lalu, kerajaan bersetuju memberi RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

Halimah berkata pelaksanaan itu seharusnya dilakukan dengan lebih terperinci bagi memudahkan rakyat mendapat manfaat daripada peruntukan Belanjawan 2012.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memperbetulkan isu pemberian bantuan itu yang diputarbelitkan oleh pembangkang dengan mendakwa ia akan diberikan pada setiap bulan sebelum rakyat terpengaruh dan menyalahkan kerajaan.

"Bantuan ini perlu disalurkan segera untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat sekaligus mengelak perkara itu menjadi isu dan diambil kesempatan oleh pembangkang.

"Pembangkang guna isu ini dengan berkata kerajaan beri bantuan RM500 pada tiap bulan bukan sekali sahaja seperti dibentangkan Perdana Menteri," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat disambung pada Rabu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan