TPM:BN Tidak Akan Korbankan Prinsip Asas Perkongsian Kuasa dan Keadilan

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan prinsip asas perkongsian kuasa dan keadilan dalam usaha untuk mencapai kata sepakat di dalam isu pengagihan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting di dalam formula pengagihan kerusi di kalangan parti komponen BN adalah kemampuan parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa pada PRU akan datang.

"Asas perkongsian kuasa dan keadilan di dalam pembahagian itu (kerusi di antara parti komponen BN), tidak akan kita korbankan," katanya kepada pemberita selepas majlis khas kesejahteraan rakyat kawasan Parlimen Pagoh di Kampung Paya Panjang di sini, Isnin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau terlibat di dalam perbincangan tentang pengagihan kerusi itu sebagai pengerusi jawatankuasa pengurusan BN dan Timbalan Pengerusi BN.

Beliau berkata formula baru pengagihan kerusi di antara parti komponen BN perlu mengambil kira cabaran-cabaran ekosistem dan landskap politik terkini negara membabitkan pelbagai isu.

"BN mesti mendapat sokongan daripada rakyat dan perlu sedar tentang cabaran-cabaran landskap politik yang sudah berbeza, harapan rakyat yang semuanya sudah jauh berbeza, ianya perlu diambil kira," katanya.

Formula lama pengagihan kerusi di antara BN, menurutnya telah 'memenuhi tujuannya" dan kini formula baru perlu dirumus dengan mengambil kira persekitaran politik terkini dalam negara.

Katanya, juga penting dalam isu pengagihan kerusi itu adalah faktor "menang-menang" di antara parti komponen BN.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada peringkat ini semua parti komponen B Nboleh membuat penilaian masing-masing termasuk berkenaan "calon boleh menang" sebagaimana yang diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Ahad, Najib berkata pengagihan semula kerusi BN pada PRU-13 dibuat selaras dengan perubahan politik ketika ini yang memerlukan BN meletakkan calon yang boleh menang.

Kata Perdana Menteri, pengagihan itu juga akan dibuat berasaskan semangat kerjasama di kalangan parti-parti komponen dalam memastikan BN mampu mencapai kemenangan besar pada PRU-13.

Terdahulu ketika berucap pada majlis kesejahteraan rakyat itu, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, BN telah melaksanakan program membantu rakyat sejak dahulu lagi, tanpa mengira kaum dan agama.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan membantu semua golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan miskin.

Katanya, program kesejahteraan rakyat turut membabitkan persatuan-persatuan belia, badan bukan kerajaan dan pemimpin-pemimpin tempatan sebagai mengiktiraf sumbangan mereka terhadap masyarakat tempatan.

Sebanyak 168 orang menerima bantuan pada program tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan