Rujuk Kementerian Kesihatan Sebelum Jalani Pemindahan Organ Di Luar Negara - Berita Semasa | mStar

Rujuk Kementerian Kesihatan Sebelum Jalani Pemindahan Organ Di Luar Negara

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Pendermaan Organ meminta pesakit merujuk Kementerian Kesihatan sebelum menjalani sebarang pemindahan organ di luar negara.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu dapat mengelak berlakunya pemerdagangan organ selepas pembedahan.

Justeru, beliau berkata pesakit yang ingin menjalani pemindahan organ di luar negara perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, selain memastikan rekod mereka dalam fail kementerian.

"Jika tidak mendapat kelulusan kementerian, negara mungkin boleh dituduh terlibat dalam pemerdagangan organ oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada Bernama, Isnin.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Kesihatan untuk tidak membekalkan ubat anti-penolakan secara percuma kepada pesakit yang menjalani prosedur pemindahan organ di luar negara tanpa kelulusannya.

Lee menasihati pesakit agar menjalani pembedahan di dalam negara kerana mereka bukan sahaja mendapat organ percuma daripada penderma, malah kos rawatan tidak setinggi di luar negara.

Sehubungan itu, beliau berkata Jawatankuasa Bertindak Pendermaan Organ akan berusaha meningkatkan bilangan penderma di Malaysia bagi membolehkan pesakit menjalani pembedahan dalam negara.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu meminta Kementerian Kesihatan memantau harga ubat anti-penolakan di pasaran berikutan keputusan tidak membekalkan ubat itu kepada pesakit yang menjalani prosedur pemindahan organ di luar negara tanpa kelulusannya.

"Kementerian Kesihatan perlu memastikan harganya mampu ditanggung bagi membolehkan mereka terus mendapat bekalan itu.

"Jika harga ubat ini tidak dipantau dan harganya juga mahal, ini mungkin akan menyusahkan pesakit," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan