Proton Komersialkan Kenderaan Elektrik Pada 2013

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd merancang mengkomersilkan kenderaan elektriknya pada 2013, kata Pengarah Urusannya Datuk Zainuddin Che Din.

Beliau berkata kenderaan berkenaan yang kini dalam peringkat ujian, akan dikomersilkan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk kereta elektrik sepenuhnya di Malaysia.

"Pada masa ini, kami sudah menyerahkan tiga Proton Saga EV dan lima unit Proton Exora Range Extender EV kepada kerajaan untuk ujian.

"Dalam proses pengkomersilan kenderaan, kami merancang menyediakan sekurang-kurangnya 200 Range Extenders dan 150 Proton Saga EV kepada kerajaan menjelang akhir tahun depan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata kereta berkenaan akan dijual pada harga yang kompetitif dengan nilai wang apabila dikomersilkan kelak.

Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.

"Harga itu lebih rendah dan kompetitif bagi kereta elektrik penuh dalam negara," kata Zainuddin yang juga Pengarah Projek Jabatan Teknologi Hijau Proton.

Beliau berkata bagi menampung keperluan kereta elektrik sebaik dikomersilkan kelak, Proton dan kerajaan kini menyediakan mekanisme bagi membangunkan infrastruktur pusat mengecaj kenderaan elektrik.

"Pada peringkat awal, stesen berkenaan akan didirikan di Putrajaya, Cyberjaya dan lokasi utama di Kuala Lumpur.

"Pada masa ini, beberapa stesen sudah disediakan di pejabat-pejabat Kerajaan," katanya.

Zainuddin berkata kerajaan mungkin membina 100 hingga 150 stesen.

Proton Saga EV, kereta elektrik sepenuhnya dan Proton Exora Range Extender EV, versi canggih teknologi hibrid, dikatakan sangat cekap dengan perbatuan kira-kira 70-80 kilometer sehari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan