Penubuhan Majlis Perundingan Media Belum Dimuktamad

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status cadangan penubuhan Majlis Perundingan Media (MPM) negara masih belum diputuskan berikutan kerajaan dan beberapa organisasi media belum mencapai persetujuan terutamanya berhubung keanggotaannya.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, terdapat beberapa wakil media membantah penglibatan kerajaan dalam penubuhan MPM.

"Mereka hanya bersetuju sekiranya MPM dianggotai oleh pihak media sahaja," katanya semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin mengetahui mengenai sama ada kerajaan akan membubarkan cadangan penubuhan MPM selepas mendapat bantahan daripada pengamal media.

Namun menurut D'Cruz, kerajaan bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan pihak media bagi merealisasikan penubuhan MPM.

"Bagaimanapun hingga kini tiada cadangan daripada pihak media untuk gerakkan penubuhan MPM," katanya.

April lalu kerajaan mengumumkan cadangan untuk menubuhkan MPM bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan