Penggunaan Bahasa Melayu Mampu Perkasakan Martabat Bahasa Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menyifatkan langkah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran sebagai langkah memperkasakan martabat bahasa kebangsaan.

Timbalan Yang Dipertua Pemanis, Rejab Ismail, berkata apa yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 pada 13 Okt lepas adalah sejajar dengan perjuangan persatuan itu.

"Setelah 54 tahun merdeka, ada pihak yang meminggirkan Bahasa Melayu. Kami berpendapat penjajahan bahasa amat besar akibatnya," katanya.

Rejab berkata pembangunan ekonomi, sains dan teknologi tanpa diseimbangkan dengan pembangunan budaya termasuk bahasa akan turut memincangkan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan