Peneroka Felda Dapat Bantuan Tanaman Semula Getah RM4.6 Juta

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan bantuan RM4.6 juta kepada semua 156 orang peneroka Felda Bukit Tembaga di sini untuk tanaman semula getah membabitkan kawasan seluas 503 hektar.

Surat kelulusan bantuan diserahkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim kepada penolong pengurus Felda Bukit Tembaga, Rosli Omar disaksikan peneroka rancangan itu pada Selasa.

Syed Sobri berkata penanaman semula itu akan menggunakan empat benih (klon) dihasilkan Institut Penyelidikan Getah Malaysia iaitu RRIM2025, PB350, RRIM928 dan RRIM929 yang tahan penyakit dan boleh menghasilkan lebih banyak susu.

Benih baharu itu mampu menghasilkan antara 2,700 hingga hampir 3,200 kilogram susu getah bagi setiap kawasan seluas satu hektar dan mampu menambah pendapatan peneroka, katanya kepada pemberita selepas penyerahan surat bantuan tersebut.

Katanya, benih baru itu yang ditaman mulai Januari depan boleh ditoreh apabila berusia lima tahun berbanding benih terdahulu antara enam hingga tujuh tahun baharu boleh ditoreh.

Menurut Syed Sobri, bantuan tersebut yang disalurkan melalui Risda termasuklah benih, baja, racun dan khidmat nasihat.

Pengeluaran peneroka Felda Bukit Tangga juga mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu 1,550 kg bagi sehektar pada masa ini dan mereka memperoleh sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan, katanya.

Terdahulu ketika berucap beliau berkata kerajaan pusat mengagihkan bantuan kepada rakyat secara adil dan tidak pernah meminggirkan sebarang kumpulan.

"Bantuan yang disediakan cukup banyak. Kebajikan yang dibuat ini kerana kerajaan mahu melihat setiap lapisan rakyat dapat menikmati kehidupan selesa selain tidak tersisih dalam arus kemajuan negara," katanya.

Sementara ketua peneroka Felda Bukit Tembaga, Fisol Abdul Aziz, 53, berkata kelulusan tanaman semula itu adalah kali kedua dinikmati peneroka sejak rancangan itu dibuka pada tahun 1950an.

"Kami sangat bersyukur dengan kemurahan kerajaan persekutuan dan teruja untuk melihat benih baharu itu menghasilkan susu getah hampir sekali ganda daripada benih biasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan