Pelawat Dibenar Melawat Banduan Beragama Hindu Sempena Deepavali

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara membenarkan anggota keluarga banduan beragama Hindu melawat mereka di penjara sempena sambutan Deepavali pada 27 dan 28 Oktober ini.

Timbalan Komisioner Penjara Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata anggota keluarga dibenar melawat banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney mulai 8.15 pagi hingga 4.15 petang pada kedua-dua hari itu.

Anggota keluarga tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beragama Hindu di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping, pula boleh melawat mereka dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang pada 26 Oktober ini.

"Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan. Pelawat tidak dibenar membawa sebarang makanan atau minuman semasa bertemu banduan kerana ia boleh dibeli di kantin penjara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata keluarga banduan juga tidak digalak memberi wang kepada banduan semasa lawatan itu memandangkan segala kemudahan asas disediakan oleh Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat hendak berbuat demikian tetapi atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi dari penjara sebagai akuan penerimaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan