Orang Ramai Terus Disaran Guna Pengangkutan Awam, Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Di Ibu Negara

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai terus disaran mengurangkan kebergantungan pada kenderaan persendirian, sebaliknya menggunakan sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan di ibu negara.

Menyarankan demikian Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kadar pemilikan kereta di kalangan pengguna kenderaan kini terus meningkat dari lapan hingga 12 peratus setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.

"Selain itu, faktor kadar kenderaan dinaiki seorang individu juga terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pengguna (individu) yang menggunakan pengangkutan awam iaitu nisbahnya 85:15," katanya ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Dr Tan bertanyakan mengenai pelaksanaan kerajaan dalam memperbaiki sistem pengangkutan dan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Raja Nong Chik berkata halangan-halangan lalu lintas kesan dari sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dan kejadian-kejadian seperti kemalangan serta projek-projek pembangunan juga merupakan salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, beliau berkata sistem pengangkutan di bandaraya ini kini memuaskan dengan rangkaian jalan raya yang lengkap, kadar kebolehsampaian yang tinggi dan sistem pengangkutan awam yang semakin meningkat.

Namun demikian, katanya, kerajaan sentiasa prihatin untuk meningkatkan sistem pengangkutan dari semasa ke semasa dengan beberapa projek dilaksanakan bagi mencapai usaha tersebut.

"Antara program itu ialah menaiktaraf jalan-jalan utama, membina persimpangan bertingkat, menghubungkan jalan yang tidak bersambung dan mempertingkatkan pengurusan trafik.

"Kita juga berhasrat untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan pengangkutan awam serta melengkapkan rangkaian jalan raya khususnya untuk jalan lingkaran dan serta jalan-jalan jajaran ke luar bandar," katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan lalu lintas oleh pihak berkuasa perlu diperketatkan memandangkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas selain dapat mengelakkan kes kemalangan maut di negara ini.

"Kita turut mengadakan usahasama bersepadu dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan