MCA Selangor Persoal Tawaran Premium Tanah

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Selangor menawar bayaran premium tanah RM1,000 untuk mendapat tanah kerajaan atau pajakan 99 tahun yang mereka duduki mempunyai muslihat yang terselindung, dakwa Biro Pengaduan Awam MCA Selangor.

Ketuanya Datuk Theng Book mendakwa setelah diteliti, tawaran itu mempunyai syarat terselindung yang tidak dinyatakan dengan jelas, iaitu tanah yang diberikan geran itu tidak boleh dipindah milik melalui proses jual beli atau untuk tujuan pajakan.

Syarat itu membebankan kerana sekiranya pemilik tanah mahu hak milik sepenuhnya, mereka perlu membuat bayaran penuh premium tanah mengikut harga semasa, katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pejabat Menteri Besar di sini bagi menyatakan kesediaannya berdebat mengenai isu premium tanah di negeri itu.

Theng berkata perkara itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak ikhlas untuk membantu rakyat di mana sepatutnya mereka boleh memberikan potongan untuk bayaran premium tanah terbabit atau bayaran RM1,000 yang ditawarkan itu adalah untuk hak milik beserta geran tanah sepenuhnya, bukannya bersyarat.

Beliau berkata MCA telah menerima beberapa aduan berhubung isu premium pembayaran tanah di negeri itu yang tidak dinyatakan secara jelas kepada rakyat serta menimbulkan beberapa kekeliruan pada syarat-syarat tertentu yang didakwa mempunyai agenda terselindung.

"Kami merujuk kepada Garis Panduan Premium Tanah yang berkuatkuasa pada 1 Jun lepas melalui pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/2011," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan