MAS Ambil Alih Perkhidmatan Jet Firefly

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Group akan melaksanakan program rasionalisasi rangkaian, yang bakal menyaksikan anak syarikatnya, Firefly, menumpukan kepada operasi turboprop jarak dekat dan Malaysia Airlines meningkatkan penawaran perkhidmatan premium penuh.

Operasi turboprop Firefly tidak terjejas dalam proses ini, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, Selasa.

Pengambilalihan perkhidmatan jet Firefly oleh kumpulan itu merupakan sebahagian daripada pelan pemisahan perkhidmatan menerusi penjajaran semula perniagaan bagi menangani kerugian besar yang dialami oleh operasi jet Firefly, katanya.

"Pengambilalihan perkhidmatan jet merupakan usaha penting proses penjajaran perniagaan Kumpulan yang dilaksanakan berdasarkan keperluan bagi menjayakan pelan penstrukturan rangkaian dan barisan pesawat untuk perkhidmatan jet jarak dekat.

"Menerusi penyepaduan operasi jet Firefly dalam Kumpulan itu, Malaysia Airlines akan memberi tumpuan terhadap mengembangkan segmen perkhidmatan premium penuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya.

Program akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan mengikut sektor, dan akan menyebabkan semua pesawat jet Firefly ditugaskan dalam operasi Malaysia Airlines menjelang 4 Dis, 2011.

"Kumpulan Malaysia Airlines terus komited terhadap perkhidmatan di Sabah dan Sarawak dan akan terus mengurus semua perkhidmatan ke Kota Kinabalu dan Kuching. Selain itu, MAS Wings juga akan meneruskan penerbangan ke tempat lain di Sabah dan Sarawak yang kini mendapat perkhidmatan berkenaan," katanya.

Operasi turboprop Firefly dari Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang akan diperkukuh menerusi penyerahan dua pesawat turboprop tambahan baru-baru ini.

Pesawat ini akan membolehkan Firefly memperkenal semula perkhidmatan Subang-Kuantan-Subang serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan di laluan sedia ada, kata kenyataan itu.

Kumpulan itu turut memberi jaminan kepada penumpang bahawa ia akan meneruskan penerbangan bagi tempat duduk penerbangan jet Firefly yang dijual.

"Kumpulan itu komited meminimumkan impak sebarang gangguan pelan perjalanan penumpang jet Firefly, dan akan menugaskan semula mereka yang terjejas dalam penerbangan yang sama atau lebih baik, tanpa kos tambahan, bagi memastikan mereka sampai ke destinasi masing-masing," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan