Lim Sangkal Dakwaan Anak Cabul Rakan Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa anak lelakinya ditukar dari sekolahnya kerana dikatakan telah mencabul pelajar perempuan sekolah terbabit.

Lim berkata, beliau dan isterinya berang dengan tindakan pemilik blog pro Umno yang membuat tuduhan tersebut.

"Anak saya yang di tingkatan 4 dipindahkan ke Institut St Xavier di Pulau Pinang daripada SMK Cina Heng Ee kerana saya telah berjanji bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya, dia dipindahkan pada permulaan penggal sekolah tahun ini iaitu Januari lalu. Anak saya ingin ke sekolah tersebut kerana mahu berambut panjang yang tidak dibenarkan di Heng Ee," katanya.

Lim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadap anaknya itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

"Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindunginya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan