Kerajaan Sedia Bantu Latih Wartawan Buat Liputan Di Zon Konflik

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia membantu organisasi media melatih wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan di zon kritikal atau dilanda konflik di luar negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata pengamal media boleh diberi latihan ala-tentera mengenai taktik dan teknik survival.

"Organisasi media pula haruslah bersedia membekalkan kelengkapan keselamatan seperti baju kalis peluru, topi besi, jaket keselamatan, topeng gas dan alat-alat perkhemahan untuk kegunaan pemberita atau jurugambar mereka yang membuat liputan di kawasan berisiko tinggi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa bagi menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) mengenai langkah kementerian dalam memastikan wartawan tempatan yang membuat liputan di kawasan konflik atau perang dilindungi, dan usaha kementerian dalam menjalinkan hubungan dengan agensi-agensi media berkaitan untuk menangani isu itu.

D'Cruz berkata organisasi media seharusnya bertanggungjawab memastikan wartawan atau jurugambar mereka diberikan latihan secukupnya bagi melindungi keselamatan mereka dalam menghadapi situasi bahaya semasa membuat liputan di kawasan berisiko tinggi.

"Organisasi media harus mempunyai tatacara pelaksanaan kerja sendiri dalam menghadapi liputan seperti ini.

"Kerajaan sentiasa mengalu-alukan organisasi media membuat persediaan seperti melatih pemberita dan jurugambar membuat liputan secara selamat di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti di negara peperangan atau bencana alam," katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin mengenai langkah-langkah kerajaan dalam melindungi dan membantu anggota media menjalankan tugas dengan selamat di kawasan berkenaan, D'Cruz berkata pelbagai inisiatif serta polisi perlindungan insurans disediakan bagi menjamin keselamatan media sekiranya mengalami kemalangan semasa bertugas di dalam dan luar negara.

Katanya Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengeluarkan panduan keselamatan komprehensif untuk wartawan yang membuat liputan di zon kritikal atau dilanda konflik dan kementerian akan meneliti kandungan buku tersebut untuk memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media, D'Cruz berkata kerajaan masih mengkaji struktur majlis itu.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, katanya, telah mengadakan mesyuarat untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak media mengenai cadangan penubuhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan