Kerajaan Sedia Baiki Sistem Untuk Melindungi Pekerja Asing Di Negara Ini - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Sedia Baiki Sistem Untuk Melindungi Pekerja Asing Di Negara Ini

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia memperbaiki sistem yang ada untuk melindungi, membela dan menjamin keselamatan pekerja asing terutama pembantu rumah di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata jaminan itu adalah antara inisiatif kerajaan dalam menangani isu penderaan dan penyeksaan pembantu rumah asing yang boleh menjejaskan hubungan dua hala.

"Ini adalah isu sensitif yang menyakitkan dan melukakan perasaan rakyat di negara terbabit. Kita kena menangani isu ini secara baik dan membela mereka dengan sistem yang sedia ada.

"Kalau perlu dipertingkatkan sistem itu, kita akan pertingkatkan kepada satu tahap yang lebih baik. Itulah jaminan yang kerajaan boleh bagi," katanya kepada pemberita selepas merakamkan perutusan Deepavali di kediamannya, Selasa.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan pembekuan pembantu rumah oleh kerajaan Kemboja berikutan mendakwa terdapat beberapa kes dera membabitkan pembantu rumah negara itu di Malaysia.

Dr Subramaniam berkata pegawai-pegawai kanan kementerian telah diarah untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri dan agensi lain bagi mencari langkah baru untuk mempertingkatkan tahap pelindungan pekerja asing di negara ini.

Kerajaan sedia mendengar sebarang cadangan dari Kemboja bagi meningkatkan kebajikan rakyat mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini, katanya dan menjelasakan bahawa terdapat 39,000 pembantu rumah Kemboja di negara ini.

Dr Subramaniam berkata Malaysia dan Kemboja sebelum ini telah berbincang untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menjaga kebajikan pembantu rumah seperti mana yang telah ditandatangani dengan kerajaan Indonesia Mei lepas.

"Ia adalah perkara yang masih dibincangkan dengan mengambil kira cadangan-cadangan dari Kemboja," katanya.

Mengenai isu pembekuan pembantu rumah Indonesia, Dr Subramaniam yakin perkara itu dapat diselesaikan menjelang rundingan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Lombok Khamis ini.

Malaysia dan Indonesia telah menandatangani MoU pada akhir Mei lepas mengenai pembantu rumah selepas Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah sejak dua tahun lalu, tetapi sehingga kini negara itu masih tidak menghantar pembantu rumah ke negara ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan