Kerajaan Perlu Bertindak Terhadap Ibu Bapa Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen mencadangkan supaya tindakan dikenakan ke atas ibu bapa yang masih tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan alasan kurang berkemampuan.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata ibu bapa tidak boleh menggunakan alasan kurang berkemampuan lagi kerana kerajaan telah memansuhkan yuran persekolahan untuk sekolah rendah dan menengah bermula sesi persekolahan tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Okt lepas mengumumkan buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012 bagi membolehkan setiap kanak-kanak di negara ini, tanpa mengira latar sosio-ekonomi, mendapat pendidikan.

Liang juga berharap para guru dapat menjalankan tugas mereka dengan baik memandangkan di bawah Belanjawan 2012, dengan para guru siswazah turut menerima faedah termasuk tempoh kenaikan gred ke DG44 pada tahun kelapan perkhidmatan dan ke gred DG48 pada tahun ke-16.

"Kita tidak mahu ada guru yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka seperti ponteng kerja, kerap ambil cuti sakit, tidak masuk kelas, tidur atau menyentuh soal peribadi pelajar termasuk berkaitan agama," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan