Kelantan Pertimbang Hukuman Lebih Berat Kepada Perceraian Tak Munasabah

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan PAS Kelantan akan mempertimbang untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Wan Ubaidah Omar berkata pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.

"Kita akan pertimbangkan," katanya ketika menjawab soalan Hassan Mahmood (PAS-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini Selasa.

Tanpa menyebut jumlah perceriaan di Kelantan, Wan Ubaidah berkata kadar perceraian di Kelantan sejak 2005 hingga 2010 ialah 14.67 peratus.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri kini mengenalpasti empat kontraktor bagi pembinaan kompleks stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Projek pembinaan itu akan bermula pada Mac 2012 di kawasan seluas 49.2 hektar, katanya semasa menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan